22 May
Bahasa dalam Penulisan Karangan

BAHASA DALAM PENULISAN KARANGAN

  1. Laras bahasa

     NK Wong (2003) menyatakan bahawa laras bahasa adalah cara penyampaian bahasa yang bergantung pada situasi pertuturan dan konteks pertuturan. Berdasarkan istilah yang dikemukan tersebut, boleh dikatakan laras bahasa adalah sebarang jenis perkataan yang digunakan dalam situasi tertentu. Bagi aspek karangan pula, laras bahasa digunakan dalam pelbagai jenis karangan yang berkaitan dengan tajuk atau tema yang ingin diulas.

     Mengetahui laras bahasa bagi karangan yang dipilih adalah penting. Hal ini demikian kerana pelajar perlu mengetahui dengan lebih banyak kosa kata yang berkaitan dengan tajuk. Contohnya, jika tajuk yang diberi adalah berkaitan dengan kesihatan, maka istilah sains banyak digunakan dalam karangan. Setiap perkataan yang digunakan mestilah bermakna yakni mempunyai kaitan dengan tajuk karangan.

Antara jenis laras bahasa yang banyak digunakan untuk penulisan karangan fakta adalah seperti berikut :



2. Ayat yang gramatis

     Pemilihan kosa kata yang tepat ataupun penggunaan diksi yang batul adalah penting bagi membina sebuah ayat yang gramatis. Rentetan itu, penggunaan perkataan-perkataan bombastik amatlah digalakkan dalam membina ayat kerana dapat menarik minat pembaca untuk membaca.

    Selain itu, penggunaan gaya bahasa simile juga amatlah digalakkan. Simile bermaksud perumpamaan secara jelas yang menggunakan seperti, bak, umpama, macam dan sebagainya. Penggunaan gaya bahasa ini bukan sahaja menjadikan ayat yang dibina lebih gramatis malah akan memberi kejelasan yang lebih mendalam lagi terhadap pembaca mengenai isi karangan yang disampaikan.


Contoh :

  • Seperti mencurah air ke daun keladi
  • Bak kata pepatah, bersatu teguh bercerai roboh


3. Penggunaan tanda baca

Setiap tanda baca yang digunakan dalam pembinaan ayat perlulah digunakan mengikut tatacara yang betul dalam tatabahasa. Tanda baca tidak boleh diambil remeh kerana satu kesalahan yang digunakan bakal mengubah struktur ayat terbabit.


                           Tanda baca

  • Noktah atau titik ( . )
  • Tanda koma ( , )
  • Tanda seruan ( ! )
  • Tanda sempang   ( - )
  • Tanda noktah bertindih ( : )


Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING