Melalui kaedah penulisan isi, bahasa dan pengolahan yang telah dihuraikan didapati bahawa karangan fakta sangat memerlukan pengetahuan yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang akan dibahas. Hal ini demikian kerana, setiap isi yang dihuraikan tidak boleh sama sekali bercanggah dengan tajuk asal arahan karangan. Jika tidak melakukan perkara tersebut, perkara yang ingin disampaikan kepada pembaca tidak akan tepat dan berkemungkinan akan menjejaskan permakahan.