PENGOLAHAN DALAM KARANGAN
Pengolahan isi yang baik adalah penting supaya segala huraian yang dinyatakan adalah menepati arahan yang diberikan dan tidak bercanggah dengan tema asal. 4 perkara penting dalam memastikan pengolahan yang dilakukan memenuhi kriteria sebuah karangan yang mantap iaitu :
WACANA |
Wacana ialah unit bahasa yang melebihi had ayat yang terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, cerita, dialog, siri buku dan sebagainya yang menunjukkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan. ( Anwar Soebeh, 2018).
Wacana juga mempunyai hubungannya dengan aspek semantik. Antara hubungan yang dapat terdapat dalam pembinaan wacana ialah:
Hubungan sebab dan akibat
Hubungan sebab dan hasil
Hubungan sebab dan tujuan
Hubungan latar dan kesimpulan
Hubungan syarat dan hasil
Hubungan perbandingan
Hubungan memperkuat isi
Hubungan aditif (tambahan)
Hubungan prafasa
Hubunhan amplifikatif
Hubungan aditif waktu
Hubungan aditif bukan waktu
Bukan itu sahaja, wacana juga boleh terdiri daripada penanda penghubung yang berfungsi untuk menghubungkan dua ayat menjadi struktur yang lengkap. Penanda penghubung ini terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya ialah :
Jenis penanda penghubung | Contoh |
Penghubung tambahan | Tambahan pula, bukan itu saja, selain itu |
Penghubung tentangan | Sebaliknya, tetapi, kendatipun, walau bagaimanpun |
Tempoh | Kemudian, selanjutnya, seterusnya |
LOGIK |
Logik dalam membina sebuah karangan fakta adalah sangat penting bagi memastikan hujahan yang diberikan mudah untuk difahami oleh pembaca. Kesinambungan antara ayat- ayat topik dan ayat tesis perlu diberikan kerana tanpa perkaitan yang kukuh akan menjejaskan mutu sebuah karangan dan berkemungkinan markah yang diberikan akan rendah.
PEMERENGGANAN |
Sebuah karangan yang baik adalah dapat dikesan berdasarkan pemerengganan yang digunapakai iaitu terdiri daripada pengenalan, isi dan penutup. Menurut Sherly Jewinly (2015), terdapat beberapa ciri pemerengganan yang sesuai. Antaranya ialah :
FORMAT |
Format bagi karangan fakta adalah antara yang paling mudah untuk dihasilkan. Bagi karangan fakta hanya 3 elemen penting yang perlu ada bagi memastikan karangan tersebut sudah memenuhi kriteria bagi karangan fakta iaitu :